
Affiliate adalah salah satu cara yang digunakan oleh penggiat peniaga-peniaga internet untuk menjana pendapatan mereka. Affiliate adalah salah satu cara yang paling mudah dan senang untuk memulakan penjanaan duit melalui internet. Program affiliate pada dasarnya adalah satu bentuk program yang memberi peluang kepada pengguna internet untuk menjadi “agen pemasaran” bagi produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengusaha – pengusaha laman web.



Pendapatan dari program affiliate kebiasaannya adalah berdasarkan jumlah jualan yang mampu anda lakukan. Setiap jualan yang dilakukan, anda layak untuk menerima komisyen yang telah ditetapkan. Peratus (%) komisyen adalah bergantung kepada produk yang ditawarkan. Kebiasaannya, produk digital mempunyai peratus komisyen yang tinggi iaitu antara 40% – 70%.
Satu sahaja konsep yang perlu anda faham untuk program affiliate; Anda terima komisyen berdasarkan usaha anda sama ada menghasilkan jualan ataupun membawa prospek (pendek kata, perkongsian keuntungan… anda lakukan promosi, pengusaha bekalkan produk). Semua ini dapat dilakukan secara percuma sahaja dan tiada modal yang diperlukan, tiada had maksima pendapatan, tiada LOT – LOT yang perlu anda beli, tiada komisyen bertingkat – tingkat (melebihi 2 level) dan tiada kefahaman “merecruit” ahli.
Oleh itu, sebagai kesimpulannya disini, saya ingin berpesan supaya anda berhati – hati dan jangan mudah terpedaya dengan janji – janji tawaran keuntungan yang diberikan oleh sesetengah pengusaha. Anda mungkin berjaya menjana pendapatan, namun saya BERANI JAMIN pendapatan anda hanya cukup untuk perbelanjaan minum kopi sahaja.


viagra
Recent Comments