
Artikel ini diharap dapat membuka minda anda kepada MINDA JUTAWAN.
Apabila rakan saya bertanya kepada saya,
“Apakah sebenarnya cita-cita kau dalam hidup. Apakah sebenarnya yang engkau cari dengan menjalankan bisnes muda-muda ni? Nak tekel awek lawa? (hehe, ye kot ) Apakah engkau rasakan diri kau 5 tahun akan datang?”
saya hanya mampu berkata bahawa, “Aku nak hidup senang”.
Sebenarnya, sudah beberapa kali saya diajukan soalan yang sama oleh rakan-rakan sebaya. Mereka melihat satu kepelikan apabila ada orang sebaya mereka membuat kerja yang dirasakan gila.
Kemudian, saya bertanya kembali kepada mereka, “Kalaulah kau, apa kau nak jadi dalam mungkin 10 tahun, 15 tahun akan datang?”
Rata-rata jawapan yang diberikan adalah begini:
“Aku nak berhenti bekerja dan buat bisnes macam kau. Timba pengalaman dahulu”
“Jadi manager, orang kuat dalam syarikat minyak ke”
“Nak jadi kaya raya, pakai Mercedec S-Class kot”
Saya membalas, “So, kenapa tak start sekarang?”
“Bukan ke aku cakap tadi nak timba pengalaman kerja dulu. Aku takde bakat bisnes macam kau”
Lantas saya memberitahu, “Well, maksud aku bukanlah semestinya bermula bisnes sekarang. Yang penting mind set kau dahulu. Mula dengan bina minda pun dah ok. Kita sudah final year, seharusnya masa depan satu perkara yang perlu diambil serius sekarang”
Ramai orang berfikir untuk hidup senang kemudian hari tetapi sebenarnya tidak pun memulakan langkah pertama, iaitu minda. Selalunya, mereka yang tidak merubah minda akan kekal begitu sehinggalah mereka pencen.
Percaya atau tidak?
Di waktu sekolah dahulu, saya sendiri begitu meminati tokoh-tokoh korporat berjaya sehinggakan saya berkecimpung dalam kelab usahawan. Waktu di sekolah dahulu, fikiran saya memang teruja dan berasa ingin tahu bagaimana untuk menjadi kaya.
Percaya atau tidak, atas sebab teruja dan ingin menjadi kaya, saya sanggup membaca majalah ekonomi dan berita seperti saham walaupun satu perkara pun tidak saya faham dahulu. Sebab satunya, saya ingin tahu, apakah bisnes yang menarik untuk dijalankan nanti.
Dalam doa harian selepas solat (perkara yang saya tidak dedahkan selama ini), saya selalu meminta bahawa diri saya akan menjadi jutawan dalam usia muda. Sampai sekarang itulah antara yang saya minta setiap hari.
Semenjak dari sekolah, saya tidak pernah berfikir untuk memulakan perniagaan seawal usia 20an. Yang saya fikir, satu hari nanti, saya ingin kaya. Bagaimanakah caranya adalah perkara kedua.
Hari ini, apabila saya melihat kembali diri saya, tanpa tidak saya sedar,
“Semuanya bermula dari sikap dan keinginan saya sewaktu disekolah dahulu”
Malah ibu saya sendiri tidak menyangka bahawa saya sebenarnya begitu meminati perniagaan kerana minat itu hanya ditonjolkan selepas tingkatan 3. Pada waktu saya bersekolah, adik saya yang kedua, Syamim lebih menonjol dalam minat ke arah perniagaan.
Seperti biasa, apabila saya pulang bercuti semester, saya akan brainwash adik-adik yang lain dirumah mengapa saya berniaga, mengapa abah pun berniaga dan mengapa mereka perlu tahu mengenai perniagaan. Sebabnya sekarang saya sudah tahu, dengan menanam minda mereka diawal usia, perjalanan untuk menuju ke arah kebebasan kewangan akan lebih cepat.
Dan itulah seelok-eloknya untuk anda juga praktikkan. Jika anda mempunyai ahli keluarga yang lebih muda, asahlah minat mereka seawal mungin jika anda berhasrat untuk mereka mewarisi perniagaan anda atau menceburi perniagaan.
Ini kerana pada waktu muda inilah mereka lebih senang untuk mendengar kata (hehe) berbanding jika mereka sudah boleh berfikir sendiri dan selesa dengan cara hidup makan gaji selama-lamanya. Sebabnya mereka akan dikelilingi oleh rakan-rakan yang hidup sebegitu dalam hidup mereka.
Mulalah memiliki minda jutawan sekarang!
Dipetik dari SaifulSham.com


viagra
Recent Comments