Giliran Cyberjaya laksana PR1MA

Contact An Agent

Salam semua,

Harap hari ini adalah hari yang baik untuk anda. JomProperty sekadar ingin berkongsi artikel. Artikel ini dipetik semasa JomProperty surfing.

Keinginan untuk share artikel ini adalah kerana Cyberjaya merupakan lokasi “prime area” untuk hartanah. Hartanah di sana mencecah jutaan ringgit.

Banyak multinational company bertapak di sana. Sekaligus membuat harga hartanah di Cyberjaya berpotensi tinggi untuk meningkat dengan mendadak pada masa akan datang. Lihat artikel di bawah.

Cyberjaya at JomProperty

CYBERVIEW Sdn Bhd dijangka memulakan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Cyberjaya pertengahan tahun depan dengan anggaran 794 unit kediaman jenis apartmen dibina atas tanah seluas 20 ekar.

Pengarah Urusannya, Hafidz Hashim berkata, unit kediaman di bawah projek berkenaan bagaimanapun akan ditawarkan pada harga kurang RM400,000.

“Harga yang ditawarkan tidak sama seperti di Presint 11, Putrajaya, namun kami yakin ia lebih murah berbanding harga sebenar pasaran.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada saiz kediaman dan kami masih menanti garis panduan yang ditetapkan pengurusan PR1MA,” katanya selepas taklimat media mengenai pelaburan di Cyberjaya sepanjang 2011, semalam.

Menurutnya, projek berkenaan meliputi unit kediaman termasuk kemudahan awam seperti surau, dewan komuniti dan taman permainan malah, ia juga akan dihubungkan dengan perkhidmatan pengangkutan awam yang berkesan di Cyberjaya.

“Pemilik unit kediaman PR1MA di sini akan menikmati pelbagai kemudahan terutama pengangkutan awam yang akan menghubungkan mereka dengan kawasan sekitar Cyberjaya malah sehingga ke Kuala Lumpur,” katanya.

Ikhlas dari JomProperty

Web Analytics viagra