
Salam ikhlas untuk semua.
Hari ini saya akan berkongsi info tentang cara berfikir. Ini adalah kemahiran yang terpenting dalam hidup. Cara anda berfikir menentukan apa yang anda akan jadi, di masa akan datang. Cara anda berfikir juga menentukan TUJUAN HIDUP anda. Jika anda berfikir untuk jadi KAYA ? Insyallah, anda akan menuju ke arah itu…
Hari ini saya kongsikan sedikit info tentang “Berfikir cara orang KAYA ! “.
Cara orang kaya dan miskin berfikir adalah berbeza berkenaan dengan duit.
- Orang fakir berfikir dari hari ke hari,
- Orang miskin berfikir dari minggu ke minggu,
- Orang Pertengahan berfikir dari bulan ke bulan
- Orang kaya berfikir dari tahun ke tahun
- Orang yang sangat kaya berfikir dekad ke dekad (10 tahun)
- Sebenarnya ada lebih dari 10 tabiat orang berjaya dan kaya berbeza dengan orang ‘makan gaji’.
- Apabila kita makan gaji, pemikiran kita berlainan dengan orang yang buat bisnes ‘real’. Apabila orang yang sebelum ini makan gaji berhijrah memasuki dunia bisnes banyak masalah yang dihadapi oleh mereka. Ini kerana mereka tidak menukarkan tabiat orang makan gaji kepada tabiat orang bisnes ataupun jutawan.
- Orang fakir, orang miskin dan orang pertengahan ‘Middle Class’ berkata belajar sudah habis apabila mereka sudah tamat belajar disekolah ataupun universiti. Orang kaya ataupun Jutawan berkata, pembelajaran hanya tamat apabila kita mati.
- Rumah orang kaya wajib ada perpustakaan. Rumah orang miskin dan golongan pertengahan …… ada almari hiasan pinggan mangkuk.
- Orang miskin dan golongan pertengahan tidak ingin kalah, orang kaya ingin menang.
- Takut adalah kegelapan, ilmu adalah lampu, suluh kegelapan itu dengan ilmu.




viagra
Recent Comments